Tanda – Tanda Lelaki Sensitif :
1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsikan bersama dan bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Jangan tak bagi hint! Nanti merana sendiri.
2. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik dengan syarat, anda tegas dan ikhlas. Tak perlu memberikan harapan palsu kepadanya. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita dan lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak memahami kenapa perempuan bersikap begitu begini…
4. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita untuk keluar dating kali pertama! Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
5. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita! Lelaki juga cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. So, pura-puralah lemah ok? Walaupun sebenarnya anda memang kuat.
6. Selalunya, bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
7. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanitanya memahami maksud dia.
8. Lelaki akan cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain terutama bila dibanding-banding dengan x-boyfriend, x-husband,dan segala macam x yang lain-lainnya. (X-Men terkecuali k?)
9. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia akan tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…Yang lain? Hanyalah kawan!
10.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itulah dikatakan, air mata senjata perempuan dan bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga bersedih. Cuma amat jarang dia menunjukkannya kesedihannya di depan orang ramai.
No comments:
Post a Comment